Friday 11 October 2013

Phuket Part 1

Phuket la tempat yang aku tiba-tiba terdetik nak start tulis diari. Bayangkan, sepanjang dalam flight tu, aku memang tak layan Izzudin (Din). Din ajak main one two jus pun aku tak nak, tekun menulis buku di tangan. Ok la, cuma bila waktu makan tu, aku berhenti la kan. Itu pun sebab kesian dekat akak stewardess yang asyik pujuk pujuk suruh aku makan. HAHA!




Flight dari KLIA ke Phuket lebih kurang dalam sejam setengah macam tu. Oh sebelum tu! Jangan ingat ni percutian gay ke apa, sebab Mirul, Adi, Pokwe, Ashar dah Faisal tengah tunggu di Phuket menantikan kedatangan kitorang sebab flight diorang awal sikit dari kitorang, tu yang tak sama pegi tu.


Sampai je tempat Arrival kat Phuket tu, kitorang disambut dengan driver tempat hotel kitorang tinggal - Memang tak la kan, kitorang yang kena keluar and cari van untuk bawak kitorang pegi dekat hotel yang kitorang dah tempah ohh ni pun tak jugak, sampai sana, kitorang walk in je carik hotel! Haha. Ini sebab off peak, so boleh la cari. Tapi kalau time peak season, pasang khemah tepi pantai la jawabnya.


Kitorang naik van yang boleh muat 15 orang dalam satu satu masa dari airport hingga la ke hotel. Yes, kitorang memang tak book hotel, tapi dah survey la hotel mana yang kitorang nak duduk. Basically dekat la dengan Patong Beach. Patong Beach popular sebab dekat dengan Bangla Road, tapi jauh gila nak pegi ke Phi Phi Island and tempat-tempat menarik yang lain. 


Kita akan sampai ke tempat-tempat yang menarik tu, tapi sebelum tu, cost untuk van dari Airport ke Patong Beach lebih kurang 1400 Bath Thailand (Agak jauh, mau sejam lebih jugak dari airport ke Patong beach). So korang kena la bargain kat airport tu, sampai dapat harga tu. Kalau korang dapat lagi mahal dari tu, meaning korang dah macam kena tipu la. Tapi, kalau ada yang dapat lagi murah dari 1400 Bath, maknanya kitorang dah kena tipu la macam tu. Damn!

Van dari airport ke Patong Beach!

Okay, van tu pulak, before pegi Patong Beach, dia akan bawak kau pergi satu tempat ni, macam tour guide punya tempat la. Kat situ, diorang akan paksa korang ambil pakej-pakej dari diorang. Pakej water rafting la, snorkeling la. Sebenarnya memang agak mahal, so jangan tertipu. Nasib baik, ada kawan PwC aku, yang recommend mamat ni, nama dia Rizal. Kalau ambil pakej dari dia, itu murah. Yes, kita akan sampai ke cerita Rizal jugak nanti. 


Okay, ingat tak bila aku kata yang kitorang tak book hotel? Yep! tapi kitorang dah tau nak duduk mana. So tunjuk je alamat kat driver van tu, dia terus bawak kitorang pegi situ. Kitorang tak book sebab, bak kata adi, walk in je lagi murah, boleh bargain. Ok fine adi! Haha. Sampai-sampai je hotel tu, hotel tu penuh, tak blh accomodate 7 orang. haha! Masa tu Adi buat muka tak bersalah. =p So kitorang pun tidur tepi jalan la malam tu. Haha, jangan dramatik sangat. Hotel kat sana sebelah sebelah je, macam pegi kedai kat pasar malam. So pegi hotel sebelah tu, Ruby Hotel, kitorang dapat la 1 bilik twin bed dengan harga 600 bath semalam. Kira murah jugak la, sebab sorang RM30 je semalam! Masa tu Adi muka dah bangga. =p



Oh shit, Judy Hotel. Haha. Salah lak, dah upload gambar baru perasan.
Malam tu jugak, lepas member PwC aku bagi contact no Rizal, kitorang decided nak call terus. Sebab at least, pagi esok tu kitorang dah ada aktiviti. Click Facebook Trip Asia Rizal +66 (0) 836 536 762. Korang takyah risau kalau tak boleh cakap Thailand, sebab dia boleh cakap bahasa melayu. So dia pun bawak kitorang pergi makan tempat yang best malam tu.


Dengan Rizal. Semua muka penat, jetlag kononnya. =p


Okay macam ni, kalau tinggal kat Judy Hotel, macam jauh sikit nak pergi area masjid. Sebab dekat area masjid tu banyak gila makanan halal, and sedap of course! So kena sewa motor. Better sewa motor dekat hotel tu itself, sebab senang. Korang just perlu tinggalkan passport je kat receptionist. Sewa sehari 200 bath. Boleh naik 2 orang. And minyak full. Tapi bila pulangkan, minyak kena full jugak.





Aku just capture gambar mamat cute ni naik motor.
So masa dinner tu, cerita punya cerita, Rizal pun bukak harga dengan kitorang. Kalau korang click link kat atas, then ada la price dia kat situ. So aku tak payah disclose kat sini. Hee. So, semua expense dari hari pertama sampai nak balik untuk aktiviti, semua dah settle. Even duit hotel pun dah bayar untuk 3 malam terus. Memang senang la, kira apa duit yang ada, memang untuk belanja suka suki je kat sana. 









No comments: