Saturday 19 October 2013

Phuket Part 2

Jenis perangai selalu bangun pagi, tolong Tok Siak bentang sejadah untuk jemaah subuh, membuatkan aku terjaga dengan sendiri pukul 5 pagi macam tu. Haha =p Masa tu masing-masing nyenyak tidur lagi. So aku macam tak tau nak buat apa, golek-golek atas katil sampai la pukul 6, lepas tu aku terus kejut diorang untuk siap-siap ke aktiviti hari pertama di Phuket.

Pukul 7 dah kena ready dekat lobi hotel, sebab van datang pick up pukul 7. Dengar je macam aktiviti 1 hari. Tapi sebenarnya perjalanan tu yang lama. So korang kena keluarkan apa yang patut dari perut korang. Kalau tak, jadi macam sorang member aku ni, tahan dekat nak sampai 1 jam, sebelum driver ni stop dekat golden cave.

Nampak? 1 jam perjalanan! senyap je. Aku buat lawak yg awek-awek confirm fall pun, dia boleh buat dunno je.
Ini golden cave. 


Bagi monyet makan

Aku tak faham betul apa yang menarik. Mungkin sebab aku study kt UIA, tinggal kat Gombak, dah selalu sangat lalu Batu Caves, so rasa macam kat Batu Caves je. LOL.
Okay, yang tu serius bukan untuk monyet. Itu memang kitorang yang lapar.
So, first of all, kitorang sampai-sampai, terus main water rafting dulu. Pernah tak korang dengar, orang-orang tua selalu cakap, "Jangan suka/gembira sangat, nanti nangis". Serius shit benda tu betul gila. Water rafting ni dekat Phang Na Province, yang letaknya kira-kira 30 minit dari Golden Cave tu. Ramai gila yang ada kat situ, kira bila dalam sungai tu, ada la dalam 50 bot jugak. Dan dalam banyak-banyak bot tu, kitorang la paling bising/gelak-gelak tak ingat dunia.

Tak lama lepas tu, kejap je kitorang dah dapat balasan. Haha! Boleh tak, bot yang kitorang naik, terbalik dalam sungai tu, dengan air deras yang sangat laju, lepas tu bot-bot kat belakang yang banyak, and dah ready nak langgar kitorang! (Biasa la, Hero mesti paling depan).

Masa tu serius shit cuak gila. Terfikir nak mati pun ada gak. Tapi syukur padaNya, kitorang selamat. Bot-bot yang kat belakang tu datang selamatkan kitorang. Kitorang memang dah berpecah masa tu, so sorang-sorang naik bot lain-lain. So bila bot yg selamatkan kitorang tu stop dekat tempat lapang, sebab nak gatherkan kitorang, nak make sure semua cukup, masa tu pandang muka satu sama lain, dengan sayu, sugul and rasa nak balik KL terus. Ada la 15 minit jugak senyap. Masa tu masing-masing terfikir apa la dosa yang dah buat selama ni, and kalau mati macam mana la. (time macam ni baru ingat tuhan, lepas 3 jam, happy balik - dasar manusia)

Bila korang turun dari van, make sure korang posing. Nanti gambar masuk pinggan langkawi. lol

Ni masa briefing. Pay full attention. Nanti jadi macam kitorang =p
Ni dah ready nak turun
Ni la bot-bot belakang yang langgar kitorang. Calar balar tangan aku!
Walaupun begitu, masih lagi happy.

Lepas water rafting, kitorang ada ATV, Gajah riding, flying fox dan junggle trekking pergi waterfall. Yang bestnya, pakej ni memang dah termasuk lunch sekali dan bak kata Rizal, memang halal. (nenas tu buah wajib kat sini. Pergi mana-mana pun mesti ada nenas. Boleh gugur dibuatnya).



Jemput makan!

Waterfall - penutup aktiviti!

Hoi! boleh pulak dia buat hair dryer kat rambut aku!
ATV!
Ini kira macam sign borang kalau apa-apa terjadi, tak boleh salahkan diorang. Haha. So korang kena ada Travel Insurance!



Okay, tu je, nak cerita pasal bot kitorang terbalik. Tak tau la akan ada berapa Part la trip ni baru nak habis. Haha.

No comments: