Saturday 16 November 2013

Phuket Part 3

Okay, penat sebanarnya nak buat banyak-banyak part ni. So ini serius the last part of my Phuket trip. Haha. Actually ini memang last aktiviti pun. Kitorang decide untuk pergi Phi Phi Island. Basically 1 jam dari Patong Beach untuk ke Asia Marina, tempat berkumpul nak naik bot. Kalau korang tak bawak roti nak bagi ikan pun, dont worry, still boleh beli kat Asia Marina, harga 40 bath. Pill mabuk laut, diorang bagi free je untuk avoid muntah dan pening-pening berpanjangan.

Abaikan part raba-meraba tu. Oh nmpk mamat arab sebelah aku tu? sibuk je nak masuk sekali. Aku tolak2 kaki suruh tepi pun baru faham nak ke tepi. Haha!


Ni dekat Asia Marina. Sementara tunggu, urm tak pasti la apa. Tunggu bot kot.


Salah sebuah pulau yang kitorang singgah tapi dah lupa nama. 


Haaa! Ni yang orang cakap, "This is Life". Jemur badan yang memang dah gelap sambil makan aiskrim.


Salah satu view.
Okay. Sekarang "Night Life" dekat Phuket. Best tu memang best la, especially dekat Bangla Road. Tapi persis lelaki macam aku, memang tak berapa nak suka sangat la. =p Haha! Kat sini aku nak cerita pasal Misteri bayar lebih, tapi rela membayar. Serius misteri gila, tak tau kenapa member kitorang ni bayar lebih, tapi tak marah pun, rela je. Err, last paragraph! gambar dulu. =p

Okay, dinner wajib la seafood kan. Ikan dia memang segar. Aku dah check insang dia. Memang merah lagi. Biasa la, selalu tolong mak masak kat rumah, pegi pasar, dapat A utk cooking skill class dekat UIA, so apa la sangat kalau setakat check insang ikan. Haha! =p

Okay, tu nama kedai tu. Korang kena cari sampai jumpa. Kusuma. Come on, Phuket tu kecik je, korang pusing-pusing, lepas tu confirm jumpa. Kedai pak cik ni murah. Order macam2, sorang tak sampai 200 bath pun.
Gambar bersama. Aku ada habit tau dimana bila pegi satu-satu country, aku akan belajar bahasa country tu. So bila aku try kat pak cik ni, "Chan txngkar ca sang plaaa" - yes aku panjangkan yang belakang tu. sebab diorang kan memang macam tu. Maksud dia, "saya nak order ikan". Lepas tu pak cik tu reply, "ikang gapo?" perh, yes, pak cik tu orang terengganu+kelantan".


Ohhh korang wajib try kebab kat phuket. Aku baca kat blog orang, ramai cakap sedap. Tapi bagi aku, erm. erm. okay la? Atau aku salah pegi kedai?


Ini ada satu malam tu yang malas, duduk bilik, layan kebab dengan nescafe panas. Sambil tengok Arsenal kalah kan Spurs malam tu. perh!

Ohh! tatu yang tak permanent! kalau nak rasa macam Adam Levine seminggu kat Phuket tu, boleh la buat kat sini. Aku ada buat jugak, rasa gangster habis la. Gambar tatu aku dekat bawah:

Eh?! Ni Adam Levine! Bukan aku! Muka nak sama je! Boleh la pulak tersalah upload! Haha!

Pancake yang pak cik pakistan ni jual pun sedap! beli pancake chocolate and pisang! Serius shit sedap!


Ni part time aku. Akak Thai tu suka betul bila aku tolong dia. Taktik dia macam ni, bukak harga tinggi,  lepas tu kalau customer mintak kurang, tanya dia, dia sanggup nak bayar berapa. Kalau tak hit floor price, then okay kan je! haha.

So lepas tolong akak Thai tu berniaga malam tu, dapat la free baju-baju tu semua. Dengan magnet peti sejuk tu. So okay la, tak payah beli souvenir dah.

Okay, so berbalik pasal cerita kat atas tu. Misteri bayar lebih tu, bila kitorang pergi massage. 1 jam patutnya bayar 300 bath. And malam tu semua massage satu jam. So lepas satu jam, semua pun keluar lepak dekat waiting area. Bila nak bayar, semua orang bayar 300 bath, except sorang ni, bayar 800 bath. Kitorang pun pelik! padahal sama je 1 jam. Haaa. Nampak tak misteri tu? Sampai hari ni lagi masih menjadi misteri. Haha! *kidding!*



No comments: